asSalamualaikum
hye korunkk
cerita semalam antara aku dengan si kecil itu.
*****
malam itu, langit terlalu gelap.
tiada yang kelihatan.
sang bulan entah ke mana menyepikan diri.
lalu lampu ku padam untuk tidak terus melayan rasa.
hanya seketika, lampu kembali bernyala.
"kenapa susah sangat aku nak lupakan semua ni?"
bisikku pada diri.
sekejap cuma bila perhatianku dicuri.
"kenapa susah sangat aku nak lupakan semua ni?"
bisikku pada diri.
sekejap cuma bila perhatianku dicuri.
bebola mataku tertancap pada jasad-jasad kecil bernyawa.
barisan jasad kecil itu berkawad. kemas. menuju ke gelas kaca.
'mahu kongsi secawan nescafe?'
monolog hati, terus memerhati.
membilang seekor demi seekor.
tidak kenal jantan betina. comel, terkedek-kedek.
mereka terlalu ramai.ntah dari mana munculnya.
seramai rombongan meminang lagaknya.
aku tercari-cari. manakah permaisuri? manakah hamba?
datang mereka dari dua arah yang berbeza.
timur dan barat, berbekal tenaga enam kerat.
sesekali bertemu sesama sendiri, bersentuh. sapa-menyapa.
bersalam? berlaga pipi? bercumbu? erat. aku diusik dengan persoalan.
terus mendaki, bersama. kesatuan menuju ke satu lembah.
gigih mereka. berenang-renang di permukaan. berkuak lentang, berkuak dada.
"gigih kau semut. teruja akan usaha dan kesatuan kau. meng'hadiahkan sesuatu." aku berbisik.
menjeling-jeling bekas merah aerosol, kela IV di penjuru meja.
tidak perlu.
*****
semut.
mereka yang gigih.
yang akur pada persahabatan.
yang bersatu menuju yang 'satu'.
alangkah indah bila manusia begitu.
JASAD KECIL, JIWA BESAR.
bagaikan signifikannya, hanya semut tidak be'rotak'.
that's all
much love
2 comments:
nak komen sikit boleh, pasal blog... rasa sakit mata la bila buat background macam ni... susah nak baca...
renovate asap. maseh tK :D
Post a Comment