Hak Cipta Terpelihara | harubiruhidupku 2013 | aku bukan siapa-siapa
Showing posts with label confession. Show all posts
Showing posts with label confession. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

kita memang tiada jodoh

asSalamualaikum
hye korunkk!!


dah sudah jangan nak mengumpat belakang cakap aku bersandiwara semata konon lemah-lembut berbudi bahasa. kat facebook kemain bunyi post bagai perempuan melayu terakhir, tapi bila masuk blog berlagak cam kaki gangster! 
 huh! cam haram je perangai mengata orang. 


choii!! chillax ika! ada ke ayah ngan ibu ajo ngkoe mengharamkan perangai orang lain? ha? ha? malulah sikit. perangai hang tu bukannya semengah mana pon. kann? kann? fikir baik-baik yer. tepuk dada tanya diri. tak cukup kuat eh main tepuk-tepuk? hurm. pe kata ngkoe perhambat ngan tukul besi pulak. baru cukup gangster kan? hahahathuii!


bhahaha. okok. mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya jantina aku yang sebenar-benarnya. oh! tolonglah. masih ada yang kompius ke? dengan berbekalkan suara yang sungguh menepati piawaian high-pitch vokal bukan sekadar rupa, cincin tikam doplosen, blouses yang balik-balik kena pakai susah nak bertukar ganti, obviously I am a woman. pretty me. tolonglah jangan curiga. lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan heels. 
dah aku tak suko ngan mende alah tu, nak buat camne kan? 


kenapa statement "I am woman. I feel completely a woman" bila dorunkk pakai heel haa? jadi kalau pakai kasut yang dari spesies lain tak WOMAN laa yer? teruknya. tak boleh nak cerna otak aku dengan statement sebegini hantu. bebal tak bebal lah kan aku kalau cakap pasal hal ni. 


aku ni bukan sesuka hati nak benci kat heel tu pon. lagi-lagi aku takde mention pape yang sakrastik gila mak datok pon pasal heels ni. apa jadahnya aku nak membenci pulak. ye dok? aku ni sebenarnya dalam diam bermasalah sikit dengan heels ni. tak kiralah wedges yang tapak rata atau yang tumit tirus cucuk mata boleh buta tu. senang aku mention whatever footwear with more than 2cm soles. cukuplah aku mendera tulang belakang aku suatu hari itu. for the whole day, I kept cursing the shoes for causing me such pain. tapi apa aku dapat? kesakitan yang terus-menerus. heels tu still innocent berlagak cool tak salah apa. sentap nak oiii!


ok. aku sambung terus cerita pasal heels ni. aku tak berkenan sangat dengan heels ni sebab dengan mata kepala aku sendiri aku tenguk bertapa susahnya kawan-kawan aku berjalan dengan heels tirus 3 4 inci pergi kuliah. mak aihh! aku tahulah beautiful is pain tapi takkanlah sampai nak macam tu sekali? buntu aku kadang-kadang dengan kaum sendiri ni taw. 


sampai sekarang aku masih setia dengan sandal ngan sneakers. but mostly, I love sneaker. nak dijadikan cerita, pernah aku pakai sneaker ngan baju kurung time g kenduri orang kawen. hohoi! mahu tak kena kamekamehaa ngan ibu masa tuh! btw, pergi kelas pon aku sarung sandal getah yang aku dok beli kat giant dengan harga tujuh ringgit lepas kena diskaun. haha. sandal tujuh ringgit tu jugaklah yang aku dok p seret selama setahun setengah ke kuliah. fuh! kuat semangat. macam tuan dia jugak =') 


duit pon aku habiskan untuk sneakers. no need to worrylah. aku ni bukannya kaki shopping sangat. kalau dah tertaksub dengan benda yang aku suka je baru aku akan turn to perempuan kaya mintak sugar daddy taja. tunjuk je confirm dapat. haha! busuk benor perangai mention camtu :p
tak lah. meh sini aku perbetulkan balik statement ni. aku akan beli apa yang aku suka dengan duit aku sendiri. duit yang aku kumpul hasil dari tajaan ibu ngan ayah untuk makan minum aku kat kampus. bila aku dah mula aim, aku akan pastikan ianya berjaya aku miliki. senang ke susah ke, tu belakang cerita. yang penting I aim my goal! usaha aku nak dapatkan apa yang aku nak. itu goal yang paling utama. dang! sneakers is always my target.


kasut kungfu ni angah yang belanja =')


just that, I'm wondering, am i not woman enough for rejecting heels?

that's all
much love

Tuesday, April 2, 2013

i am a loner

asSalamualaikum
hye korunkk!!

perasan dengan tajuk yang giler gebang forever alone tuh?
haha

jujur ni tau dari hati yang mampat dengan rasa gundah gelana kerana bosan nak mampuh kat hostel ni.


siryesly, korunkk janganlah salah faham ingat aku tak ada kawan ke tak nampak peramah ke apa ke. mungkin tu angkara muka ketat aku yang sentiasa menempek tak kira masa. mengaku je laa yang muka aku ni selalu buat orang stress bertambah stress. choii!! btw, kawan tu memang ramai. baik-baik. peramah gila kentang. tapi dapat-dapat lak aku ni spesies yang tengok mood dan manusia yang aku nak beramah mesra tuh. bukan main ramah tak tentu hala. just that I like my own space.


sometimes aku terfikir, why some people like to be in groups all the time? i mean, ALL the time. tak bosan? tak rasa nak be alone walau seminit pun? can't you walk to kuliah alone? can't you go to the mall alone? once je? really cannot ar? i can. penuh keyakinan aku tulis 'i can'. but siryesly. its true. i'm kinda proud. because i don't depend on people too much. ulang. TOO MUCH. because people around us come and go. when you depend too much, something hurt full will come. that's how life is.


the old me used to be in groups, or pairs. sampai nak ke jamban pun ajak sama-sama. sebab diselubungi dengan mitos tahi cakap kat jamban ada penunggu. tak sangka yang aku ni bodoh juga pergi percaya mitos tahi tu. sengal.


tapi apa yang berbezanya sekarang, nak pergi kuliah, kafe, station works, pejabat HEP, even nak jumpa lecture yang muka saiko gila berabis, i can go alone. dalam bilik, it's nicer when i'm alone. tak ada lah rasa yang aku ni memang buat orang lain awkward bila ada dengan aku. but yes of course double nicer if ada companion. bila frust gila menonggeng, ada juga kawan nak ajak borak. jadi tak adalah nanti macam orang biol. layan perasaan tangkap leleh dengar lagu-lagu jiwang. sentap eh sentap.


itulah hormon loner yang raging tak habis-habis. tapi jangan lak korunk cop aku forever alone even aku mention i'm a loner. susah la kalau macam ni. bagi aku ada baiknya to be alone. sebab kita boleh ada thoughts sendiri dengan aman. tak payah nak makan hati berulam jantung bila someone nak juga kita dengar cakap dia seorang. mahu nak makan kata-kata nista je dari aku.  dan kita boleh bermuhasabah diri sendiri. fikir benda-benda penting macam 'harini buat dosa ni ni ni. minta ampun dak lagi.' 


terpahat dalam sanubari sampai rasa nak gelak terkentot-kentot bila tahu yang loner ni ada psychological illness. kononnya memang ni tanda penyakit psikologi yang dipanggil social phobia. wakluuuuu! pandai-pandai hengkau je buat fakta semacam itu. macamlah hengkau mampu selami kehidupan insan semacam aku.kan??


whatev is one day, akan ada orang yang akan tutup sifat loner ni. one fine day. doakan tau :)


that's all
much love