Hak Cipta Terpelihara | harubiruhidupku 2013 | aku bukan siapa-siapa
Showing posts with label nothing just me. Show all posts
Showing posts with label nothing just me. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

misteri sebuah blog

asSalamualaikum
hye korunkk!!

ok. pertama sekali aku nak cakap, nak buat pengakuan yang kononnya ada orang nak amek kisah yang aku ni masih lagi seorang blogger. yea yea yea walaupun takdelah setegar mana. sepames mana. tapi syukur alhamdulillah, im still here to share alots (oh maybe a little bit kahkahkah) story about me (perasan artis) dan semua benda yang membuatkan hati dan perasaan aku melonjak ketaksuban nak gebang kat dalam blog ini.


jadi sekarang, tepuk dada tanya hati, tak pun usya mata dan jari sama ada nak terus scroll ke bawah meneruskan pembacaan yang sumpah penuh kemerapuan atau tekan simbol 'x' yang dok cantik punya kat atas sebelah kanan tuh. haa! pilih. pilih.


yada yada! whoaa! terima kasih kat korunkk yang still lagi stick kat entri ni. tapi sorilah entri ni takde unsur-unsur misteri pon. saja pilih tajuk yang gila gampang tuh! pergh! macam nak bagi makan kaki bigfoot je. kan? haha but siryesly it was very pleasant! im appreciated that! kesudian korunkk singgah kat sini buat aku nak tangkap syahdu buluh perindu. thanks korunkk! tsk tsk T.T


btw, ini blog lama. tapi aku baru je tukar url. dah seminggu rasanya. hentakberlipat. aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba jari aku dok syok-syok je tekan keyboard tulis word tuh! tapi bila renung betul-betul, tafsir dalam-dalam, boleh tahan ganas juga aku nye new url ni. rasa macam betul-betul nak wat aksi hentak berlipat. haha! sengal!



kedua kali aku berjubah. dan suka aku nak tulis yang aku dah mula suka dengan jubah. semoga segalanya dipermudahkan. insyaAllah. doakan yang terbaik untuk aku yea.

that's all
much love

Saturday, February 23, 2013

terpulanglah nak setia atau tidak

peringatan.
entri ini penuh gambar.
mungkin juga panjang berjela.

asSalamualaikum
hye korunkk!

orang cakap kita boleh je hidup tanpa orang lain.
tapi, betul ke?

memanglah betul.
sebabnya
kita boleh je hidup as long ada oksigen plus minus makan dan minum.
ye kan? ye kan?

tapi untuk yang lebih spesifik lagi,
lain orang lain perasaannya.
sendiri boleh cerna jawapan untuk persoalan ni.
^_^y


friendship


me tak tahu sebenarnya macam mana nak ukur
nilai persahabatan tu.

boleh ke ukur dengan lihat sebanyak mana dia like status fb kita?
tak cukup like, tenguk sesetia mana dia follow up status kita.
drop komen huhahuha.
-.-



kalau macam itulah caranya diukur.
siryesly, me tak akan dapat penilaian yang terbaik.
='(


bila borak-borak pasal fb ni,
memang macam-macam akan terkeluar.

lecture me pesan jgn terlampau taksub sangat dengan fb ni.
nanti kalau kamu dah kahwin, memang sengsaralah.
yang lelaki tu pandai ber-flirt dengan perempuan lain.
yang perempuan pon dua kali lima.
jangan nak menggatal dengan laki orang.

haa! tu yang dah kahwin punya perangai.
apalah nasib yang in progress.
means, bertunang dan ber-couple itu?
yang tak ada apa-apa ikatan sah?
wooo~makan hati berulam jantunglah nampaknya.

hohoii!
mengarut jauh beribu batu dah ni.
teruk perangai


ok, sambung sikit lagi pasal post status yang tergendala tadi.

hurm.
macam mana
kalau dah post status sarcastic 
yang jelas-jelas jadi hamba syaitonnirajim emotionally?
tak kan me nak sokong even me tahu sebab musabab dia tengah marah,sedih.kan?

cukuplah me tahu apa yang dia rasa.
cukuplah me tahu yang me tak kan buat seperti apa yang orang lain buat kat dia.
cukuplah.
me tak nak jadi penyebab untuk jadikan api kian marak.
cukuplah. cukuplah.




kawan datang dan pergi sesuka hati.
dah tepu dah perasaan ni.
nak sedih menangis tak sudah.
tak bawa untung satu sen pon kat kita.

move on je lah kan? jangan banyak cakap.
kalau dyeurang boleh pergi dan berlalu macam tu je,
kita pun mesti boleh juga.
kalau dia yang kononnya dulu janji setia sekata 
walau apapun akan dikongsi bersama,
tapi akhirnya
pecah perut pecah mulut.
better kau angkat kaki je.
jangan tunggu.


me rasa macam ayat me dah mula nak berderai.
berterabur.

perasaan mula nak menguasai semua tingkah.
jadi, baik me habiskan cepat-cepat.

perasaan lain.
tajuk entri macam takde kaitan dengan isi entri.
=_='



pesanan untuk para pembaca.

penulisan untuk entri kali ni
tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
it's all about me. myself.
mohon faham.

watak-watak di atas adalah mereka yang bergelar kawan.
dulu, kini dan selamanya.
insyaAllah.

poster by harith.
dua tahun buat baru sekarang nak publish.
haha!
teruk eh!

that's all
much love

Tuesday, February 19, 2013

selamat malam sayang

asSalamualaikum
hye korunkk~


mehlah amek sorunkk sebijik.
:D

jangan kunyah. kita kemam je kat atas lidah.
jadi rasa manis tu dapat dihayati lebih.
'makan nips dengan penuh kenikmatan'

waaa! kau dah kenapa?
persoalan yang menyentapkan di saat jari tengah seronok menekan alphabet sesuka hatinya.
=_='

ok. foine.
delete delete delete.

suka?
oh, me lagi suka kalau korunkk semua suka!
suka bercampur bahagia.
epik sungguh!
boo me boo!

patutnya ni entri semalam.
tapi line kalau dah guna secara berjemaah ni, 
memang kena banyak-banyak bawa bersabar.
loading dia kemain lagi.
kadang terasa bagai dicabar.
habis tercalar kreadibiliti keayuan gagah perkasa me dengan sumpah seranah setulus hati.
ok tipu.
tahap tipikal dah ni.

btw
lately, me susah nak tidur malam.
bukan terus tak tidur.
tidur tu tidurlah tapi kejap-kejap terbangun.
kalau terbangun terus semangat nak buat assigment,
terus rajin nak buat tahajjud,
bestlah juga.
sejuk perut ibu mengandungkan me.

nie tak.
terbangun je terus berangan.
'auta semata'

 bila dah terasa macam kena kipas-kipas tiup-tiup dengan syaitonirrajim,
hasut suruh tidur balik,
terus me tidur balik.
o.0

bukan me tak cuci muka, berus gigi, cuci kaki.
me buat semua tu.
baca doa sebelum tidur,
kalau rajin ekstra me baca ayat kursi, surah 3kul, tasbih fatimah.
err, boleh ke cakap 'kalau rajin ekstra'?
ahaha!
seru iman, seru.

tapi me harap kekerapan untuk tidur tak lena akan berakhir.


entri pendek jadi panjang.

that's all
much love

Saturday, January 5, 2013

new one. insyaALLAH.

asSalamualaikum
hye korunkk!!

alhamdulillah
me baru je settle menghupdate entri sepanjang tahun 2012
padam mana yang patut.
terutamanya 
gambar-gambar yang terlalu manis untuk ditayangkan.
semoga dipermudahkan.
ameen.

jangan pernah lupa yang hidup kita kat dunia nie,
kita selalu bermain dengan saham.
bukan BSKL segala tu yea.
tapi saham dosa dan pahala.

hmm~
me bukannya baik sangat.
ilmu agama masih lagi kurang.
masih memerlukan pembimbing untuk terus bersama mendidik me.

tapi kalau bukan diri sendiri yang mulakan,
me nak harapkan siapa lagi?
thinks with your mind sayang.


straight to the point.

saham kita dengan keluarga.
lebih jelas untuk me katakan
bila seorang anak/adik menayangkan aurat di khalayak yang bukan muhrim.
secara tak langsung kita dah share saham pada ayah/abang.
ingat ayah. ingat abang.

saham kita pada mereka yang bukan muhrim.
me takut bila me dah tak ada kat dunia ni,
gambar-gambar yang me upload,
yang kurang sedap mata memandang itu,
muncung cap itik, senyum cam kucing gatal.
akan terus menjadi tatapan kamu.
saham me dan kamu akan terus melambung.
nauzubillah.

kecantikan itu bukan untuk ditayangkan sayang.

macam mana pula dengan gambar kawan-kawan me?

insyaALLAH, 
me akan usahakan untuk padam
mana yang sepatutnya dipadam.
takut nanti kena tuntut kat alam sana.

kita tak tahu apa jadi pada masa depan. kan?
mana tahu mereka berubah.
berubah untuk menjadi yang lebih baik dari apa yang ada sekarang ini.

siryesly, rasa sayang untuk me padamkan.
satu persatu.
almaklumlah, kenangan me dengan kamu.
tapi...
biarlah ia terus menjadi kenangan.
:)

kadang kita akan banyak diduga dengan pelbagai ujian.
terutama bila mana kita nak berubah ke arah kebaikan.

berubahlah kerana ALLAH.

ingat,
bila dah buat keputusan, jangan berpatah balik.
istiqamah dalam langkah walaupun jalan yang bakal dilalui itu banyak durinya.

that's all
much love

Friday, December 7, 2012

entri selamat kembali

asSalamualaikum
hye korunkk!!

rasa lama sangat me tak blogging.
rindu tak terhingga!

siryesly, me rindu kehidupan di dunia maya yang serba fana ni.
wahaha!
almaklumlah sekarang ni tengah cuti sekolah.
cuti me sama ngan cuti budak-budak sekolah nie laa.
macam korunkk tak taw kn?
--,

jadi sekarang,
me dengan berbahagianya sedang menikmati cuti
yang masih berbaki.
tambah-tambah lagi macam tak ada perasaan
bila tenguk dalam cermin
'kenapa kau makin sihat eh?'
=.='

macam iklan kukus grill panggang
kukus grill panggang
kukus!

haa! macam tue laa berbahagianya me membesarkan badan!
makan tidur makan.
makan tidur makan.
makan!

okey, sampai sini dulu ye.
kira macam warming up laa.
hee.
jumpa korunkk kat entri seterusnya!


notakaki:
terus menanti sesuatu yang tak pasti

that's all
much love

Tuesday, October 23, 2012

cemburu yang tak ke mana

asSalamualaikum
hye korunkk!!

tidak perlu 
rasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
tiba masanya,
kita pula yang akan merasa bahagia itu.
ingat.
Allah itu Maha Adil
:)


jika kita tidak peroleh bahagia di dunia,
yakinlah bahawa
kebahagiaan itu menanti kita di akhirat kelak.
janji 
kena beriman dan bertakwa pada Allah
^_^

notakaki
berusaha terus!

that's all
much love

Wednesday, October 17, 2012

orang sama lain nama

asSalamualaikum
hye korunkk!!

once again
me cukup bersemangat waja hari nie.
even pagi tadi ada budak tue 
dok pi ngalan kita sesuka hati.
-.-

it's ok.
me terima dengan hati yang lapang.
walaupun masa tue
dah terasa seperti 
kakiku ingin ke mukamu.
huh!
ingat cincai ke haa?
nie gangster acuan kungfu panda maa.

errr???
ah, gasak laa sana!
(pasrah aku ngan perangai koe yg satu tue)

btw,
menjawab kepada komen cik adik manis 
why maitimie?

hurm
me tak ada jawapan yang pasti.
just 
me tak biasa ber'aku-aku'
even dalam penulisan blog nie.

dulu memang guna 'aku'
tapi rasa canggung laa..
mungkin sebab tak biasa.

ngan kawan-kawan me bahasakan diri 'orang'
sometime saya
wahaa!
terasa sungguh sopan sangat-sangat taw!
boleh jadi calon menantu harapan tak?
kahkahkah
:D

ME 
i, me and only myself

taraaa.
boleh kira cam ganti namalah jugak tue kan?kan?kan?
hee

hope soalan tue menjawab
dan
bermula di sini 
kata nama 'me' tue mula mengambil tempat

dan teruskan scroll ke bawah
.
.
.
.
.

kompom lagi konpidennye
air kelapa pandan 
(kenapa mesti mention air yang dari spesies ini? mouth watering eh!)
dalam mulut tue berhamburan keluar 
dari rongga-rongga mulut
 dan 
tersedak lalu hidung turut merasa peritnya.

ayat paling gramatis abad ini.

ahakz!
padan muka korunkk!
(pendengki zaman dinosour)

notakaki:
semakin hari semakin sayang

that's all
much love

Thursday, September 27, 2012

jarak pemisah

asSalamualaikum
hye korunkk!!

status fb yang dijadikan entri untuk hari nie
|
|
v
kadang-kadang dalam satu hari tue,
semua orang menjauh dari diri kita.
tak tahu apa asbabnya.

rasa sedih sangat masa tue.
='(

mungkin 
ada kata kita yang mengguris hati.
dan mungkin juga
ada tingkah yang menjengkelkan sanubari.

andai dengan menjauhkan diri
adalah cara yang terbaik untuk mengubah
masa yang dah berlalu.
insyaallah 
diri ini akan belajar untuk menerimanya dengan rela hati.

-----------------------------------------------------------------------

duhai hati.
janganlah kau bersedih
andai mereka yang kau kasihi.
yang kau hormati.
semakin jauh meminggirkan dirimu.

ingatlah, 
sebenarnya ALLAH rindu akan diri kita.
rindu untuk bersama dengan kita.
sebab itu DIA jauhkan kita dari semua orang
agar...
 kita datang mendekati-NYA


ampunkan aku YA ALLAH
andai selama ini
selama kesenangan dan kelapangan hidup ku ini
aku membelakangi KAU.

kealpaan ini telah membutakan rasa dan jiwaku sendiri.

sedarkan aku YA ALLAH
bahawa segala yang aku nikmati ini hanyalah
sekadar suatu ujian terhadap diriku.
aku mohon YA ALLAH
sedarkanlah diriku ini...

that's all

much love

Tuesday, June 26, 2012

hardware

asSalamualaikum
hye korunkk!

i want to say here
and i want you to know

i was smiling yesterday
i am smiling today
i will smiling tomorrow

simply right?
just smiling 
ngeeheeeeeeeee


because
life is too short to cry for anything.

you know what?
being happy doesn't mean that everything is perfect.
it means you've decided to look past the imperfections.

that's all

much love

Tuesday, June 19, 2012

my turn 1/2012

asSalamualaikum
hye korunkk!!!!!!!!!

hari ke-2 untuk semester ke-4
it's mean tahun 2 semester 2.
whoaa!
masa berlalu terlalu laju.
macam guna gear speed turbo!

what can i say just now is
ALHAMDULILLAH.

baru tadi cek result.
even tak dapat pointer yang tinggi macam kawan-kawan 
yang sudah selayaknya 
mendapat ganjaran sebegitu,
me still rasa syukur yang amat.

terketar jari nak tekan button 'enter' masa nak cek result tadi.
rasa tak yakin sangat.
siryesly, sangat-sangat fobia dgn ayat
'result exam dah keluar'
macam berhantu je rasa.
dan rasa itu adalah suatu rasa yang tersangatlah annoying.
melampau sangat.
>.<

terima kasih di atas kurniaan keberjayaan ini YA ALLAH.
syukur, alhamdulillah.


hidup kita nie umpama roda.
kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah.
semua orang tahu tue...
tapi tak semua dapat terima bilamana caturan hidup
menghendaki dia berada di bawah.

ALLAH itu maha adil.
caturan hidup yang DIA sediakan untuk kita memang cukup cantik.

ingatlah, setiap yang berlaku itu pasti ada
HIKMAH disebaliknya.

that's all

much love

Saturday, May 26, 2012

final paper

asSalamualaikum
hye korunkk!!

akhirnya
dua minggu yang sangat-sangat menggusarkan
lagi
mencuakkan huluhatipembuludarah me berakhir
suka sangatlah weyh!
\^.^/

rasa sangat bebas.
bebas dari dibelenggu dengan suasana 
yang sangat merimaskan.

duduk jawab soalan secara sendirian berhad.
siap boleh kena bagi kad kuning+kad merah lagi tue!
weyhweyhweyh...
dah rasa macam diri nie terlibat dalam
liga bola sepak 11 sebelah
kah3 xD

wokeyhlah
me dah mula mengarut.
ayat merapu.
 susun atur kata yang hanya sang jemari yang memahami.
~.~'

(pic deleted)
eksperesi diri 

mengisi ruang jawapan yang kosong walaupun tahu isinya salah
merupakan suatu perasaan yang sangat hebat.
hebat sebab tak sangka otak nie mampu menjana jawapan
yang....wow!
aq-sendiri-tak-sangka-aq-nie-sangat-hebat-dalam-perihal-mentaram-jawapan.
lol

notakaki:
rumahku syurgaku

will miss you
^.~

that's all
much love

have been edited on 5 January 2013 

Tuesday, May 15, 2012

usaha sehabis baik

asSalamualaikum
hye korunkk!!

mood exam for a two weeks.
5 days actually.

just a second view mr.bloggie
and 
put this as my entry


just hope me will be strive for the best.

free mind.

insyaallah.
usaha tangga kejayaan kan?

doakan kejayaan me ye korunkk.

that's all

much love

Sunday, April 29, 2012

are you loser?

asSalamualaikum
hye korunkk!!

betulkan balik mo0d.

ok, me dah kembali tak normal.
me hanya kelihatan normal bila me mo0dy.
alaaaaaahai!
born this way kan?kan?
ahakz!
memanglah macam tue
kepala otak ada biol sikit.
heh

apa yang ngkoe mengarut ni haa setan????
erggg!!!

wokeyhwokeyh
sekarang ni berbekalkan mo0d yang kembali pulih
kembali tak normal
dari putaran rotasi
dunia imaginasi yang melampau-lampau...
me nak cakap


L is not for LOSER!

sekian terima kasih.

dan terima kasih untuk segala-galanya.

that's all

much love

Wednesday, April 25, 2012

berpijaklah di bumi yang nyata

asSalamualaikum
hye korunkk!!


bila terlalu banyak benda yang diangankan.
hidup kadang seperti berada diawangan.

thats all

much love

Saturday, April 7, 2012

she's back!

asSalamualaikum
hye korunkk!!!

it'a a longlong time ago.
dari mana nak mula lepas berdekad tak menghupdate blog eh?
huh, fatties sigh
~.~

jari dah kaku tak sama macam dulu.

tapi, tak apalah.
still juga nak mengarut kat sini.
ahaha

apa yang berlaku sekarang adalah seperti ini


dan bila
waktu semakin mendesak
kebarangkalian yang akan terjadi selepas itu adalah semacam ini


inilah punca kenapa me dah jarang untuk berblogging.
will miss korunkk semua.

that's all

much love

Tuesday, March 20, 2012

just nothing

asSalamualaikum
hye korunkk!!

just nothing from me
hee
(gambar dipadam)

I might be sensitive but I'm compassionate.

I might be quiet, but I listen.

I might be emotional, but I care.

that's all
much love

have been edited on 5 January 2013

Saturday, March 17, 2012

bad mood

asSalamualaikum
hye korunkk~~~


I'M BLEEDING

I'M HURTING

=

EASY TO GET HURT

i'm mo0dy
but
i still wanna to be happy

it's my life.
a real one.

sorry
~.~

that's all

much love

Wednesday, March 14, 2012

when i can't be myself

asSalamualaikum
hye korunkk ...


that's all
sorry

much love

Tuesday, March 6, 2012

belajar semuanya

asSalamualaikum
hye korunkk!!

you're my friend but i'm not yours

this is fact?
you must to know more than me.


that's all

much love

Monday, March 5, 2012

kejutan di pagi hari.

asSalamualaikum
hye korunkk!!

wawawaa!
hujan renyai-renyai turn to hujan lebat-lebat.
sezuk sesangat.
alangkah girang suka riang ria kalau dapat guling-guling
kat atas tilam empuk sekarang ni.

okokokokok
me nak cakap kat sini
bahawasanya
me dapat banyak bunga taw
banyak sangat. berdozen-dozen!
er....

tak caya? tak caya?
wihuyuuyuu
mehlah ambush sini


me dah mula bermimpi.
bermimpi yang sudah pasti tiada kenyataan
~.~

me suka bunga
ros, tulip, orkid etc.
nie semua gara-gara cerita nora helena tu la.
me jeles sebab dia dapat bunga sebonet.
oh, bahagianya dia.

heh
kekwat sungguh!

ok, fine.
dapat bunga sekuntum pun jadilah.
bunga tahi ayam?
ftt.. pown bole
muahaha!
' gelak jahat '

notakaki:
tunggu masa ayah cakap
' cuti nie, jom p cameron highland '
:)

that's all

much love