Hak Cipta Terpelihara | harubiruhidupku 2013 | aku bukan siapa-siapa

Tuesday, February 19, 2013

selamat malam sayang

asSalamualaikum
hye korunkk~


mehlah amek sorunkk sebijik.
:D

jangan kunyah. kita kemam je kat atas lidah.
jadi rasa manis tu dapat dihayati lebih.
'makan nips dengan penuh kenikmatan'

waaa! kau dah kenapa?
persoalan yang menyentapkan di saat jari tengah seronok menekan alphabet sesuka hatinya.
=_='

ok. foine.
delete delete delete.

suka?
oh, me lagi suka kalau korunkk semua suka!
suka bercampur bahagia.
epik sungguh!
boo me boo!

patutnya ni entri semalam.
tapi line kalau dah guna secara berjemaah ni, 
memang kena banyak-banyak bawa bersabar.
loading dia kemain lagi.
kadang terasa bagai dicabar.
habis tercalar kreadibiliti keayuan gagah perkasa me dengan sumpah seranah setulus hati.
ok tipu.
tahap tipikal dah ni.

btw
lately, me susah nak tidur malam.
bukan terus tak tidur.
tidur tu tidurlah tapi kejap-kejap terbangun.
kalau terbangun terus semangat nak buat assigment,
terus rajin nak buat tahajjud,
bestlah juga.
sejuk perut ibu mengandungkan me.

nie tak.
terbangun je terus berangan.
'auta semata'

 bila dah terasa macam kena kipas-kipas tiup-tiup dengan syaitonirrajim,
hasut suruh tidur balik,
terus me tidur balik.
o.0

bukan me tak cuci muka, berus gigi, cuci kaki.
me buat semua tu.
baca doa sebelum tidur,
kalau rajin ekstra me baca ayat kursi, surah 3kul, tasbih fatimah.
err, boleh ke cakap 'kalau rajin ekstra'?
ahaha!
seru iman, seru.

tapi me harap kekerapan untuk tidur tak lena akan berakhir.


entri pendek jadi panjang.

that's all
much love

Saturday, February 16, 2013

set fire to the rain. hamek kau!

asSalamualaikum
hye korunkk!!

background baru untuk header yang baru.
mekaseh boolat!
\^o^/

ok, dan sekarang ni me lost.
taip panjang-panjang.
dah cukup panjang, me delete semuanya balik.
apa ni? apa ni?
hentak kepala sekencang-kencangnya kat bantal.
*.*

kecelaruan mula berlaku di antara intro dengan isi entri.
intro bunyi bahagia.
isi tak tahu bunyi apa.

reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

mula macam ni


bahagia tak bahagia laa kan.
tenguklah rasa bahagia itu.
kalau boleh share rasa bahagia macam nak bagi duit ni,
me dah share dah kat korunkk semua.

dan sekarang?


siryesly, minda tak dapat nak cerna apa yang dirasa.
totally lost.
dah macam nak lakukan pembunuhan je ni.
siryes. me tak main-main.

that's all
much love

Tuesday, February 5, 2013

kambing tinggi?

asSalamualaikum
hye korunkk!!

dalam dua tiga hari ni
hari-hari me dengar lagu yang irene pasang kat blog dia.
menusuk kolbu eh!

ada satu malam tu,
me dengar lagu tu sampai tidur.
best sangat. tak tahu nak cakap cam mana.
=')

me tak dengar lagu lain dah.
kalau nak buat kerja, memang me akan view blog irene.
hanya untuk dengar lagu dari situ.
thanks irene.

ok, untuk entri hari ni me nak cerita pasal 'kambing tinggi'.
ahaha! 
semalam baca entri irene yang baru.
ada dia mention khasiat susu higoat.

betul cakap irene,
susu higoat memang banyak khasiatnya.

me mula minum tahun lepas.
ain yang suggest-kan.
dia cakap bagus kalau student cam kita ni minum susu higoat.
senang nak stay up.

time first me minum,
memang ngam-ngam time nak exam.
alhamdulillah, memang senang nak bangun pagi.
dan masa tu lah me pulun sebanyak-banyaknya nota berangkai.
:D


dalam kelas pun dah jarang me mengantuk.
kalau dulu sebelum minum higoat,
hari-hari nak jadikan kelas tu bilik tidur me yang kedua.
susun kerusi panjang-panjang.
kasi rapat.
lurus dalam barisan.
terus boleh jadi katil.
=.='

lagi apa yang bestnya tentang higoat ni,
harga dia memang murah.
BERPATUTAN.
me cakap murah sebab bukan me yang bayar!
kahkahkah!
dan dah jadi satu kemestian untuk ayah 
bekalkan me dengan dua kotak higoat bila tiap-tiap kali me nak balik kampus.
sayang ayah ketat-ketat!

kalau me dapat dua kotak,
ain pun mesti dapat juga.
tapi yang tak bestnya bila dah kat kampus, 
me kena beli sendiri bila higoat sedap ni dah habis.
untunglah ain boleh ngepau ayah lebih-lebih 
-.-

btw,
susu higoat ni memang buatkan kita senang nak bangun pagi.
macam yang me mention kat atas tu lah.
bangun awal dari kebiasaanya.
untuk korunkk yang nak upgrade iman,
ni lah masanya untuk bangun pagi buat tahajjud.
^_^

insyaAllah,
dengan izin dari-Nya,
kalau niat kita baik, mudahlah untuk kita melaksanakannya.

lagipun minum susu kambing ni pun suatu dari sunah nabi s.a.w.

semoga ianya menjadi amalan yang berterusan.
keep healthy dengan susu higoat.

yeay!
sekarang korunk bolehlah mula mengira
berapa patah perkataan higoat me tulis dalam entri ni.
hehe

that's all
much love

Sunday, February 3, 2013

big is nothing, i want more!

asSalamualaikum
hye korunkk!

minggu pertama untuk bulan kedua,
dan semestinya
cerita kedua untuk bulan yang sama.

taraaaa!!


nak senam hari-hari even berselang hari pun dah tak mampu me nak buat.
kalau dulu yelaa kot rajin.
tiap-tiap minggu mesti turun berlari-lari sesuka hati.
tapi sekarang??
jangankan berlari, 
nak berjalan dengan tahap kelajuan yang maksima pun dah terasa semput.
double sigh.
=.='

kalau bukan sebab ada kelas pj,
tak adanya me nak sarung kasut sukan tu!
siryesly. 
lemak semakin menebal!
sengsara nak oii nak tampung berat yang semakin meningkat dengan sangat drastik itu.
dan sekarang baru nak mengada mengeluh sebab sendiri yang punya salah.
tampar laju-laju.

bhahaha!
i've no idea at all.
tak tahu dah nak tekan huruf apa.
ok ye,
setakat ini sahaja keluh kesah mak esah di hujung minggu.

that's all
much

Friday, February 1, 2013

cerita yang terselindung disebaliknya

asSalamualaikum
hye korunkk!!

kat sini hujan.
dari semalam lagi.
sejuk sampai kejap-kejap masuk toilet.
air dalam botol tu minum baru dua tiga teguk,
tapi masuk toilet dah macam orang minum satu tong dram air.
=.='

bhahaha.
masuk terus ke fokus entri.
tadi me ronda-ronda kat alam serba fana ni.
'ececeh! nak juga ke mention serba fana bagai?'
geleng kepala.

me suka dengan isi entri satu blog tu.
siryesly.

dalam entri yang bertajuk imperfections,
kak yuyu tulis macam ni:

'sibukkan hidup kita untuk sesuatu yang bermanfaat, daripada sukakan hati kita dengan sesuatu yang tak bagi apa-apa. semua manusia tak sempurna, termasuk diri kita. kalau kita sibukkan diri kita dengan tanggungjawab kita, kita mesti tak ada masa untuk tenguk kekurangan orang lain.'

kita ni kadang-kadang terlalu sibukkan urusan orang lain.
rasanya bukan kadang-kadang lagi dah.
macam selalu.
yurp. SELALU.
sampaikan seluruh hidup orang tu kita nak bawa cerita satu semesta.
apa lagi kalau orang yang kita tak suka. kan?
sigh!

lumrah hidup.
kita tak boleh nak minta semua orang sukakan diri kita.
sebab sebab sebab
kita sendiri pun bukannya sukakan semua orang.
tolong jangan cakap tidak.
sebab itu realiti kehidupan sebenar.
kita bukan siapa-siapa.


untuk korunkk yang pernah merasai bertapa 'indahnya'
dijadikan topik borak-borak cik kiah yang baik hati jaga tepi kain orang,
sabarlah.
walaupun mereka-mereka itu adalah sahabat anda sendiri!
jangan balas tingkah mereka dengan perkara yang sama.
maafkan. andai itu yang terbaik.
'angel mode'

jangan cepat melatah k.
takut nanti tersilap langkah.
perkara kecil boleh jadi besar.
ingat ni,
jangan terpedaya dengan hasutan syaitonorrajim!

'pemenang sebenar adalah orang yang tidak tunduk pada amarahnya'

nota kaki:
ibu me pesan sebelum balik kampus hari tu.

'musuh senang kita nak kenal.
tapi, kawan? ika mesti pandai pilih kawan.
ingat pesan ibu.'

that's all
much love

Monday, January 28, 2013

entri untuk boolat

asSalamualaikum
hye korunkk!!

niat di hati kononlah nak buat assignment.
tapi bila kena cakap
amali untuk assignment itu di-hold on-kan,
siryesly
gembiranya rasa hati bukan main kepalang lagi.
ahahaha!
inilah antara kebahagiaan hidup yang dirasai oleh seorang yang bergelar pelajar seperti me.
=D

mengaku je lah yang me ni bukannya rajin mana pun.
buat kerja selalu last minit.
nak kena penampor kaki gajah gamaknya baru nak sedar.
aiisyhhhh. hidup. hidup.

okey sambung balik.

so, bila dah kena hold on itu kerja,
me melaghakan diri dengan bahagianya.
bahagia macam baru habis last paper exam.
yaii!

okey
let's continue our story about boolat.
why boolat?
tak segi tiga. tak segi empat. petak-petak. bujur sirih? heptagon? 
kenapa mesti boolat?
err..dah nama pun entri untuk boolat kan.
fosholaa untuk boolat.
tunggulah nanti me buat entri untuk shape yang lain.

bhahaha! jangan nak mengarut banyak sangatlah.
kang free-free kena cakap ayat melebih nak nampak hebad tapi isi langsung takde
=.=' 
emosi tiba-tiba.

meh sini terus ke titik utama entri.
mempersembahkan
(paluan gendang berkumandang seisi alam)


taraaa!
watak utama untuk entri hari ini.
serius. memang serius.

inilah dia boolat.
seorang okeyh. bukan sebuah. apa lagi sebentuk.
kahkahkah!

nama dia harith.



suka nak cerita kalau pasal photographer ni.
cantik kan??

semua shoot dia yang punya.
me tayangkan je.
upload secara halal dari empunya gambar.
kan harith kan?
=)




dia ni kawan se-ip dengan me.
kenal-kenal macam tu je.
kalau nak tahu, header blog ni dia yang tolong buatkan. 
mekasih rith.
=')

lepas ni nak suruh dia buatkan yang barulah.
boleh tak rith? haha. permohonan secara terbuka ni taw.
harap-harap kau layanlah eh.
yiihaaaa!!


best je tenguk gambar-gambar yang dia snap.
yang cantik bertambah cantik.
yang hensem bertambah hensem.


tekalah dia yang mana satu.
tiada keraguan. 
kompom tekaan pertama korunkk mesti skor punyalah.
haha!


sekarang ni dia dah bergerak secara professional.
dah ada studio. bisness partner mungkin.
banyak promosi ditawarkan.
berbaloi-baloi! gambar dia memang cun! superb!


nak tenguk gambar yang lagi best,
p lah usya fb. 
picit kuat-kuat kat gomogi tu.
jangan risau, free toll laa.
tak kena bayar pun.
=)

blog pon GPS ada.
yang kaki blogging tu, rajin-rajinlah buat lawatan MQA kat sini.



gambar peberet me.
tak sangka yang area ip nampak secantik ni.
ketawa sendiri.


sekali pengakap, selamanya pengakap.
yea. saya tahu itu.
-.-


apa yang bestnya 
dia tahu macam mana nak buat duit.
side income omputih cakap.

tak macam me.
side income datang dari ibu ngan ayah.
puih kat diri sendiri! malulah weyh.. 
tak selayaknya dah besar godang macam ni,
masih mengharapkan elaun saraan tambahan dari dyeurg.
tahu kerja nak menghabiskan harta mak bapak kau je.
=.='



last but not even least
photography is my minor.

ibu cakap kalau nak camera besar ni,
me kena ambil kelas belajar guna kamera.
jangan sebab orang ada, me pun nak ada.
nanti bila dah ada tak tahu nak guna.
sentap nak oiii!
=.='

untuk penutup entri
me tempekkan lagi seketul gambar


dia dah tak siryes dah.
sukalah tu orang masukkan entri pasal dia..
--,
haha. jk bro!

notakaki
picit gambar siryes boolat kat atas sekali tu untuk view blog dia yea.

that's all
much love

Thursday, January 24, 2013

sambutan maulidur rasul 1434H

asSalamualaikum

tiada apa yang mahu diceritakan.
hanya beberapa keping gambar yang dapat dikongsikan.

apa-apa pun,
salam maulidur rasul buat semua muslimin dan muslimat.


24 Januari 2013
12 Rabiulawal 1434 Hijrah

ya Rasulullah
semoga kasih ini akan sentiasa bercambah untukmu.
.
sambutan maulidur rasul peringkat IPGKT





satu usahasama yang sangat express
dari ks-ian dengan pml-ian.

yang atas ini hanya awek cantik gojes dari pml-ian.


me dan mJ

lembutkan lidah untuk perbanyakkan selawat.

sekali kita berselawat kepada nabi saw,
sepuluh kali Allah balas selawat kita.
dan 
insyaALLAH akan memperoleh syafaat dari baginda di hari kebangkitan kelak.

lihatlah betapa pemurahnya Allah
dan sayangnya rasulullah terhadap umatnya.
=')

notakaki
boolat's entry akan menyusul

that's all
much love