Hak Cipta Terpelihara | harubiruhidupku 2013 | aku bukan siapa-siapa

Friday, March 29, 2013

si kecil berjiwa besar

asSalamualaikum
hye korunkk

cerita semalam antara aku dengan si kecil itu.

*****

malam itu, langit terlalu gelap.

tiada yang kelihatan.

sang bulan entah ke mana menyepikan diri.

lalu lampu ku padam untuk tidak terus melayan rasa.

hanya seketika, lampu kembali bernyala.

"kenapa susah sangat aku nak lupakan semua ni?"
bisikku pada diri.

sekejap cuma bila perhatianku dicuri.

bebola mataku tertancap pada jasad-jasad kecil bernyawa.

barisan jasad kecil itu berkawad. kemas. menuju ke gelas kaca.

'mahu kongsi secawan nescafe?'
monolog hati, terus memerhati.

membilang seekor demi seekor.

tidak kenal jantan betina. comel, terkedek-kedek.

mereka terlalu ramai.ntah dari mana munculnya.

seramai rombongan meminang lagaknya.

aku tercari-cari. manakah permaisuri? manakah hamba?

datang mereka dari dua arah yang berbeza.

timur dan barat, berbekal tenaga enam kerat.

sesekali bertemu sesama sendiri, bersentuh. sapa-menyapa.

bersalam? berlaga pipi? bercumbu? erat. aku diusik dengan persoalan. 

terus mendaki, bersama. kesatuan menuju ke satu lembah. 

gigih mereka. berenang-renang di permukaan. berkuak lentang, berkuak dada.

"gigih kau semut. teruja akan usaha dan kesatuan kau. meng'hadiahkan sesuatu." aku berbisik.

menjeling-jeling bekas merah aerosol, kela IV di penjuru meja.
tidak perlu.

*****

semut.
mereka yang gigih.
yang akur pada persahabatan.
yang bersatu menuju yang 'satu'.

alangkah indah bila manusia begitu.
JASAD KECIL, JIWA BESAR.
bagaikan signifikannya, hanya semut tidak be'rotak'.

that's all
much love

Tuesday, March 26, 2013

bahagia itu milik kita (part 2)

asSalamualaikum
hye korunkk

hari ni me nak sambung cerita cekedis yang terbengkalai kat entri lepas.
mehlah jenguk beruang panda yang me mention tu...

Lokasi : Cameron Bharat Plantations dan Hotel Casa Dela Rosa


sayang tak dapat view jauh-jauh sebab hujan.
dan sebab tu kebanyakkan gambar yang kena snap cenonet je dekat-dekat ngan daun teh.
haha

tapi mana si beruang panda tuh??mana??



dang!!
nampak dah?
yurp.now panda is my brother wannabe.
dush!
gasak kena rembat ngan angah lo dia tahu gambar dia masuk sini.


dan semua 'panda' di atas ialah kesayangan me.
dan semestinya 'panda-panda' ni sama dengan panda pure yang kerja nak tidur je.
tapi baka yang ni ada rajin sikit.
ngehehehe

btw
kepala panda tu me beli kat Pasar Malam Brinchang.
seriusly memang meriah.
cheese kek bersepah merata.
kenapa tiba-tiba mention cheese kek pulok ni? kepala panda nya mana?
hoho! ketuk kepala sendiri.

sepanjang kat CH, hari-hari me ngadap cheese kek.
gila murah!
dan dan dan
macam-macam boleh dapat dari makanan sampailah kepada sourvenier kat pasar tu.
memang sumpah murah.
yang penting kalau nak pergi sana, poket kena meriahlah jugak.
(pesanan khidmat masyarakat)


empat beradik yang memang suka bergambar.
jarang sangat dapat berkumpul empat orang sekali.
dan untuk ibu dan ayah,
terima kasih lagi sejuta kali sebab percutian yang super saiya menyeronokkan ni.
tsk..tsk..
tangkap syahdu laa pulok.

till then
semoga entri seterusnya akan menyusul.
cerita pasal pertama kali berhadapan dengan orang gila di CH.

that's all
much love

Monday, March 25, 2013

bahagia itu milik kita (part 1)

asSalamualaikum
hye korunkk!

still on mood bercuti walaupun...
hurm...nak mention ke tak eh? hurm...
pergh! rasa macam nak tetak kuku ni doplonam bahagian je!

hey you! chillax!

yea, walaupun me habiskan cuti seminggu ni kat dalam bilik.
atau dengan rasa bangga kembang hidung namplonam hasta nak cakap cuti ku hanya di kampus sahaja.
fuh!
gigihkan diri je nak tulis macam tuh!
sengal!

bhahaha
terus pada titik utama entri cekedis.
bila flashback balik entri-entri lama,
me teringat kat satu entri yang main kejut surprise-surprise ni.
dan terus me pulun menguatkan kudrat buat entri baru.

Lokasi: Kea Farm dan Taman Agro Tourism


cerita pasal me bersama mereka yang tersayang.
yang sentiasa menjadi kesayangan.
tsk..tsk..
sudah!sudah!
jangan nak emosi sangat sebab ini entri bahagia!
B.A.H.A.G.I.A
noktah!

ok.
sambung.



kesukaan along bila kita talakan kamera kat muka dia.


i told you right?



alhamdulillah.
terima kasih ibu.
terima kasih ayah.
terima kasih untuk segalanya.

bila isi entri yang menjadi impian itu menjadi kenyataan.
super ohsem me rasa bahagia.

sambungan entri seterusnya
pasal me jumpa beruang panda kat cameron.
ye. panda yang pemalas kerja nak tidur je tu.
ahaha!

that's all
much love

Sunday, March 24, 2013

saat kita berjauhan


asSalamualaikum
hye korunkk

off mo0d
tapi me tetap nak blogging.

tak tahu kenapa selalu macam nie.
asal tiap kali gembira, me nak kobar satu dunia me gumbira.
asal tiap kali sedih, me nak ngempen minta kesian kat satu dunia.
oh dunia, kasihanilah diriku ini.
whathebabo00ns rite? lol!

oh. diri me sangat mendukacitakan.

me tak ada niat pun nak minta perhatian.
tapi inilah dunia me.
dunia yang membuatkan me senang untuk berkongsi cerita.
senang untuk meluahkan apa sahaja yang dirasa.
me tak peduli apa pun respon reader's.
me tak nampak. sebab tue me tak kisah.
kalau me nampak dan tahu pun...
me tetap tak berapa nak kisah.
sebab orang tak tahu apa sebenarnya yang kita rasa.
just be positive dalam setiap perkara.
=)



me rindukan ibu.
me rindukan ayah.
me rindukan along, angah dan ain.
me rindu semua.
pack!

hari nie me tewas.
tewas dalam menahan rasa rindu yang teramat.

me harap 
korunkk yang masih lagi stay dengan ibu dan ayah.
yang masih lagi berpeluang melihat ibu dan ayah 24/7
appreciate lah mereka selagi hayat dikandung badan.
' pesanan khidmat masyarakat '

tak macam me dan mungkin juga kamu kamu dan kamu
yang punyai tanggungjawab mengubah arah hidup.
yang harus berjauhan dari ibu dan ayah.
yang perlu mengorbankan masa untuk terus berada di bawah ketiak ibu dan ayah.

oklah.
me nak berhenti dulu.
mata nie dah mula berair.
tsk..tsk..
='(

FAMILY
is stand for
Father And Mother I Love You

that's all
much love

Saturday, March 23, 2013

beban yang sedia terbeban

asSalamualaikum
hye korunkk!!

sumpah rindu nak blogging.
tapi sayang sebab sekarang ni me memang busy.
semester 5 memang teramat busy.
mention busy banyak kali tapi sempat lagi me hupdate entri. kan??
lulz!

harap me dapat buat yang terbaik.
sehabis baik.
doakan untuk me yea.
=')


BIG Fasa 5 (sesi ceramah) : 4 Februari 2013
BIG Fasa 5 (benchmarking) : 13 Mac 2013
Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKT : 15-16 Mac 2013
amali PJM3112 : 18 Mac 2013
Karnival Sukan IPGKT : 19 - 20 Mac 2013
Forum Kecemerlangan Pelajar : 19 Mac 2013
Bengkel Pembentangan Inovasi : 19 Mac 2013
submit laporan PJM3112 : 20 Mac 2013
submit PSS3110 : 20 Mac 2013 
submit EDU3106 : 22 mAC 2013
submit PSS 3109 : 22 Mac 2013
Persembahan Bercahaya Eko Institut : 22 Mac 2013
submit BMM 3104 : 1 April 2013
praktikum 1 : 1 -26 April 2013
study week
exam

................................................................................................................

ini entri seminggu masa me busy haritu.
sempat tulis tapi tak sempat nak publish.
atas sebab-musabab me memang tak nak publish awal-awal.
haha.
mengada sangat.

nak blogwalking pon tak mampu lagi.
dan sekarang seminggu cuti.

cuti bagi kamu. tidak untuk me.
sekian.

that's all
much love

Monday, March 4, 2013

program hujung minggu

asSalamualaikum
hye korunkk!

minggu yang sangat menggusarkan.
dengan kes mundu yang tiba-tiba muncul.
tambah lagi dengan keprihatinan berganda dari para lecture yang tak sudah nak bagi assignment, presentation, debat dan pergh pergh pergh!
suku otak daa mula nak ter-crampt.

okok.
breath in, breath out.
cool me. cool.

mesti sasarkan semuanya akan settle dalam bulan ni juga!
MESTI!

jangan dok memberatkan kepala otak tu lama-lama.
kang kau sendiri yang tencion.
=.='
emo

dan sesungguhnya jangan jadikan entri hari ini entri emo kau yer!
'cakap pelan-pelan kat diri sendiri'


semangat lebih bila bab-bab yang tak melibatkan me dengan bahan ilmiah.
gembira bila kita buat apa yang kita suka.
:D

program yang dianjurkan di peringkat Balung
bertukar menjadi peringkat daerah Tawau.

fungsi me dalam program ni
saja suka-suka nak sibukkan diri dari melayan emosi yang tak tentu hala itu.
ahaha!
boo me. boooo!

pembantu jurulatih kawad.
yurp!
me tolong lecture me ajar cikgu-cikgu penyelaras PPIM/Pandu Puteri pasal kawad.
nama pun pembantu kan..ahaha

proud with them.
cepat belajar.
belajar sambil bergelak ketawa.
siryesly. no pressure.
^_^

ok. 
penat dah taip dengan jejari yang tak berapa nak runcing ni.
me nak sambung balik mengadap asSIGHment. konon!

that's all
much love

Sunday, March 3, 2013

aku bahagia di sini

asSalamualaikum
hye korunkk!!

siryesly, sekarang orang dok pungpangpungpang cakap pasal mundu kat Lahad Datu.
dan hal ini secara tidak langsung telah
melahirkan pakar-pakar dalam bidang keselamatan, peperangan dan politik dalam jumlah yang banyak.
fuh!
tenguk je laa bila setiap kali on fb,
bersusun newsfeed pasal hal ni.

berita yang tak tahu sejauh mana kesahihannya mula tersebar.
A dok post cakap bunyi tembakan kat sekitar kawasan terlibat,
B baca, like/komen, lepastuh terus post juga pasal tu.
ntah-ntah yang bunyi tembakan tu pasal orang pergi berburu tembak rusa ke apa. kan?
kesianlah kat mereka yang tinggal kat kawasan yang terlibat. macam me!
mula nak percaya. lepas tu sambung pungpangpungpang masuk hal politik.
hohoiii!
sudah-sudahlah tu!
jangan emosi sangat.

apa yang penting sekarang
doa kita bersama.
hentikanlah cakap-cakap kosong mengkritik pihak-pihak tertentu.
tak bawa ke mana. percayalah.
mereka lebih tahu apa yang mereka sedang lakukan.

jangan sebarkan sesuatu yang kita tak pasti hujung pangkalnya.

ingat yang kadang-kadang apa yang kita cakap/tulis mampu memberi kesan terhadap persekitaran kita.
jadi, sebaiknya sebelum cakap/tulis tu fikirlah dulu.
fikir guna akal.
jangan biarkan perasaan membatasi pemikiran matang kita.
apa lagi sampai menyentapkan hati orang yang mendengar/membaca.
itu belum masuk sampai mampu menghasut.
beware!

sini tempat me membesar.
28 Disember 2003 - 28 Disember 2010
Kompleks Felda Sahabat


kawan baru.
pengalaman baru.

persekitaran me dipenuhi dengan mereka yang bergelar
anak-anak FELDA.

me rindu


gelanggang tenis.
tempat terakhir me bersama mereka lepas habis paper PMR.
sebelum masing-masing mula menapak kembali ke tanah semenanjung.


kenangan yang tak tahu bila akan dapat diulang kembali.

hari-hari dapat pergi pantai.
tak payah tunggu ibu dengan ayah free.
tak payah tunggu waktu cuti sekolah pun.

dan yang bestnya tak payah bazir petrol naik motor naik kereta.
jalan kaki je.
lihatlah betapa me nak gambarkan dekatnya jarak antara pantai dengan rumah me.


jeti.
bukan semua dapat lalu kat situ.
sebab ini laluan untuk lori-lori treler hantar minyak sawit ke tangki kapal-kapal besar dari China etc.



sampai hujung!
segalanya pengalaman yang me dapat dari tempat ini.

berada di tengah itu membuatkan me rasa seperti berada di sebuah pulau.
jauh dari huru-hara perasaan.
jauh dari pemandangan buku-buku ilmiah.
yang ada hanyalah kejernihan laut biru, yang kadang boleh jadi warna hijau.
haha!
ikan nemo berenang-renang dengan bahagianya.
tiupan angin yang sungguh mendamaikan. 
para nelayan dengan sampan kecil menaikkan pukat/jala.

dan perasaan itu kini menjadi kenangan.

me tak kisah orang nak cakap me kuno.
tinggal kat pedalaman.
satu jam setengah baru sampai bandar Lahad Datu.
sebulan sekali baru pergi bandar.

apa yang ada kat semenanjung pun me tak tahu apa-apa.
tanya pasal shopping kompleks terhebak pun me pandai blur.
jalan pandai sesat.
wording johorian yang tak pernah dengar.
tak up-to-date.
tapi
me peduli apa??

cakaplah apa yang korunkk nak cakap.
cakaplah Lahad Datu tu bandar koboi.
cakaplah sesuka hati korunkk.

apa yang me tahu.
me suka stay kat situ dulu.
tak ada konflik jiran tak bertegur sapa.
tak ada fenomena perkauman.
sebab, 
Kompleks Bandar Sahabat dulunya tempat kami mewujudkan sebuah komuniti antara penduduk asal dan mereka yang bermastautin dari tanah semenanjung.

main bola jaring sama-sama.
main bola sepak sama-sama.
gotong-royong sama-sama.
paling best bila bulan Ramadhan.
terawih penuh satu masjid.
=')
segalanya kita buat sebagai sebuah komuniti yang tiada apa yang perlu dipersengketakan.

pray for Lahad Datu

keamanan

credit to my senior
Shahrul Faisal Budon
untuk garapan picture terbaru dari Sahabat 16.
thanks senior!

that'a all
much love