Hak Cipta Terpelihara | harubiruhidupku 2013 | aku bukan siapa-siapa

Thursday, May 16, 2013

mental berdarah

asSalamualaikum
hye korunkk!!


fuh!
jam 2.11 minit pagi, aku masih tak boleh nak tido. paksa rela nak ngadap buku tapi aku sedih sangat ni. sedih sebab aku tak nak wat revision! liat sangat! tak tahu apa nak jadi. otak serabut. 



bukan sengaja mengada nak publish entri ni. tapi seriusly, aku perlukan sokongan. sangat.

mental retarded

that's all
much love

Wednesday, May 15, 2013

semangat lama diseru kembali

asSalamualaikum
hye korunkk!!

hohooohoi! kemain sibuk mengurus hidup sampai nak jejak blogwalking pon tak sempat daa =.='
almaklumlah sekarang ni minggu exam. kannnn? so, aku ni pon terkinja-kinja laa kejap merajinkan diri memulun sehabis nafsu kat buku-buku yang sangat berilmiah itu.
pffttt




digambarkan oleh diriku bahawa semester ini, study week memang sangat mengasyikkan (padahal otak berterabur ingat benda lain =..=')


yang sebetul lagi sesahihnya, tak sampai beberapa detik lagi nak ke saat aku ngadap buku, terus kena bisik lagi diseru ngan setan suh aku buat benda lain. dah tu aku ni pulak memang spesies yang cepat terpengaruh. memang teruk sangatlah kan? dan time-time kritikal macam ni mulalah buat perangai pemalas nauzubillah dia! ntah bila ntah nak insaf -_-


btw, kau tahu nyah?? jadual exam aku berderet kot? sengsara sungguh semester ni. siryesly. minggu ni satu paper je, hari isnin. yang minggu depannya tuh, aduh masyaAllah. sungguh mencabar kreadibiliti hati dan nurani aku. berderet dari hari isnin sampai khamis yang mana lusanya tu aku balik rumah dah. ni baru betul dyeurang tak bagi chan kat aku ngan dak-dak ni nak feel ala-ala 'hohoho balik kampung~~~' tahan hati sangat. tapi yang menjadi permasalahannya sekarang ialah aku masih tak sedar diri!! hoii!!! sedarlah weyh! sedar! merungut tak sudah. usahanya tak jugak!


aku dapat feel (eksyen jap ada sixsense) yang semester ni aku akan jatuh tergolek-golek machiam nangka busuk tak sebusuk loji kumbahan tuh. teruklah aku kali ni (nanges sampai ingus meleleh tak sempat lap.kah3 :p)



last sekali, aku harap korunkk doakan aku ye
(pretty eyes)

that's all
much love

Tuesday, May 7, 2013

kita memang tiada jodoh

asSalamualaikum
hye korunkk!!


dah sudah jangan nak mengumpat belakang cakap aku bersandiwara semata konon lemah-lembut berbudi bahasa. kat facebook kemain bunyi post bagai perempuan melayu terakhir, tapi bila masuk blog berlagak cam kaki gangster! 
 huh! cam haram je perangai mengata orang. 


choii!! chillax ika! ada ke ayah ngan ibu ajo ngkoe mengharamkan perangai orang lain? ha? ha? malulah sikit. perangai hang tu bukannya semengah mana pon. kann? kann? fikir baik-baik yer. tepuk dada tanya diri. tak cukup kuat eh main tepuk-tepuk? hurm. pe kata ngkoe perhambat ngan tukul besi pulak. baru cukup gangster kan? hahahathuii!


bhahaha. okok. mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya jantina aku yang sebenar-benarnya. oh! tolonglah. masih ada yang kompius ke? dengan berbekalkan suara yang sungguh menepati piawaian high-pitch vokal bukan sekadar rupa, cincin tikam doplosen, blouses yang balik-balik kena pakai susah nak bertukar ganti, obviously I am a woman. pretty me. tolonglah jangan curiga. lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan heels. 
dah aku tak suko ngan mende alah tu, nak buat camne kan? 


kenapa statement "I am woman. I feel completely a woman" bila dorunkk pakai heel haa? jadi kalau pakai kasut yang dari spesies lain tak WOMAN laa yer? teruknya. tak boleh nak cerna otak aku dengan statement sebegini hantu. bebal tak bebal lah kan aku kalau cakap pasal hal ni. 


aku ni bukan sesuka hati nak benci kat heel tu pon. lagi-lagi aku takde mention pape yang sakrastik gila mak datok pon pasal heels ni. apa jadahnya aku nak membenci pulak. ye dok? aku ni sebenarnya dalam diam bermasalah sikit dengan heels ni. tak kiralah wedges yang tapak rata atau yang tumit tirus cucuk mata boleh buta tu. senang aku mention whatever footwear with more than 2cm soles. cukuplah aku mendera tulang belakang aku suatu hari itu. for the whole day, I kept cursing the shoes for causing me such pain. tapi apa aku dapat? kesakitan yang terus-menerus. heels tu still innocent berlagak cool tak salah apa. sentap nak oiii!


ok. aku sambung terus cerita pasal heels ni. aku tak berkenan sangat dengan heels ni sebab dengan mata kepala aku sendiri aku tenguk bertapa susahnya kawan-kawan aku berjalan dengan heels tirus 3 4 inci pergi kuliah. mak aihh! aku tahulah beautiful is pain tapi takkanlah sampai nak macam tu sekali? buntu aku kadang-kadang dengan kaum sendiri ni taw. 


sampai sekarang aku masih setia dengan sandal ngan sneakers. but mostly, I love sneaker. nak dijadikan cerita, pernah aku pakai sneaker ngan baju kurung time g kenduri orang kawen. hohoi! mahu tak kena kamekamehaa ngan ibu masa tuh! btw, pergi kelas pon aku sarung sandal getah yang aku dok beli kat giant dengan harga tujuh ringgit lepas kena diskaun. haha. sandal tujuh ringgit tu jugaklah yang aku dok p seret selama setahun setengah ke kuliah. fuh! kuat semangat. macam tuan dia jugak =') 


duit pon aku habiskan untuk sneakers. no need to worrylah. aku ni bukannya kaki shopping sangat. kalau dah tertaksub dengan benda yang aku suka je baru aku akan turn to perempuan kaya mintak sugar daddy taja. tunjuk je confirm dapat. haha! busuk benor perangai mention camtu :p
tak lah. meh sini aku perbetulkan balik statement ni. aku akan beli apa yang aku suka dengan duit aku sendiri. duit yang aku kumpul hasil dari tajaan ibu ngan ayah untuk makan minum aku kat kampus. bila aku dah mula aim, aku akan pastikan ianya berjaya aku miliki. senang ke susah ke, tu belakang cerita. yang penting I aim my goal! usaha aku nak dapatkan apa yang aku nak. itu goal yang paling utama. dang! sneakers is always my target.


kasut kungfu ni angah yang belanja =')


just that, I'm wondering, am i not woman enough for rejecting heels?

that's all
much love

Monday, May 6, 2013

sidrom anaemia tak menjadi

asSalamualaikum
hye korunkk!!

totally im exhausted -_- bertambah-tambah terasa bila dua tiga hari ni aku suka sangat terjaga dari tidur. penat weyh. penat! dengan mata kemerahan ntah tak tahu itu simbol org cukup tidur, terlebih tidur atau sebaliknya. aku dah rasa mata aku makin rabak dah ni o_0








menerusi pengalaman setahun dua jagung aku, aku akan tidur sepenuh hati bila aku penat. maksud sepenuh hati di sini adalah bila aku betul-betul penat. dang! aku tak kan pernah layan sesiapa pun yang datang ketuk pintu dari yang berhemah siap bagi salam segala sampailah yang menggegar pintu sampai nak tercabut sekalipun. masa tu tidur adalah aku punya priority! titik.


 jadi. untuk itu aku pun mengeksperimentasikan diri menyelongkar, membongkar, menyusun, menyeret, me...err..segala apa yang me- lah agar diri aku penat hujung minggu lepas. fuh! tak sangka sungguh aku ni rajin beno (sambil tangan usap-usap dagu macam mintak kena sesah dengan penyapu lidi)


dan ekperimen tu gagal bila aku punya tidur punya malam masih lagi tak senyeyak dahulu. tolonglah aku!!


that's all
much love

Friday, May 3, 2013

siapa hanis zalikha?

asSalamualaikum
hye korunkk!!

yihaaa! finally! dapat pun curi masa ngedate. haha! eh? choii!! banyaklah korunknya ngedate ngan pakwe. sorry lah eh. im single and fosholah im happy with it. (tiba-tiba ubah status diri minta kena baling ngan terompah) haip haip. sekarang ni aku bukannya nak buat entri cari jodoh. bukan. bukan. tugas jodoh menjodoh ni aku dah pasing kat ibu ngan ayah aku dah. buat kusut kepala lutut aku je bila balik-balik pokcik mokcik sepupu sepapat dok usya aku tanya pasal buah hati pengarang jantung. hoyeay! dah tu bila aku jawab tak nak lak dyeurang tu caye. hohoi. ingat aku artis ke haa? jawapan takde selindung-selindung k. 


for the second time, im not a drama queen. never and ever. failed to worth it. setakat drama main kat atas pentas sekolah tu mungkinlah kena, tapi tak selayaknya aku kena banding dengan si hanis zalikha gila gojes tu weyh. kah3!  


okok. chill. tolak tepi dulu kes berantai aku yang tak pernah nak khatam ni. kes apa? haha! kes jodoh ni lah. kemon. im 22 baru. dan dah tu kenapa kau kaitkan si hanis zalikha dalam cerita ni? yoow! ni ada yang tak baca betul-betul ni kan?? ke aku yang tak tulis ikut rangka cerita? huh! kacau eh. kacau. 


bhahaha. aku nak kobar yang sebenar-benarnya aku baru je layan cerita Gangster Celop tu. nak gelak je aku tenguk. kartun sungguh! kiranya ni lakonan hanis kedua lepas aku layan Memberku Hawa kat youtube cuti sem lepas. siryesly aku suka ngan watak trish. memang best laa nis! ngam sangat! btw, thumbs up kat hanis sebab sekarang ni populariti beliau makin naik mencanak. teruskan usahamu wahai si cantik manis hanis zalikha =) ni bukan rekaan ayat manis semata-mata nak minta naik trafik blog. bukan. ni ikhlas dari aku hingga jari ini semakin laju menaip cerita pasal hengkau cik hanis oii. haha.



cantik kann?? =')


untuk dipanjangkan lagi entri dan ditambah pula dengan tahap kerajinan aku hari ini, aku nak open cerita macam mana aku boleh kenal siapa empunya diri yang bernama hanis zalikha ni. hohoii! ni kali laa ayat engkau giler panjang berjela 
(penangan lecture dari kelas pengajian Bahasa Melayu tadilah =.=') 


sebelum aku menjerumuskan diri ke lembah blogging (eceeeewah! main jerumus-jerumus lagi kau kann? haha), aku ada baca pasal dak hanis kat paper. yelaa. budak sebaya aku masuk paper kot. dah tu terus aku amek kertas salin url blog dia. sungguh dulu aku tak reti guna tenet nie. apa lagi blog. rasa macam aku ni manusia zaman tireks kan?? kuno benor rasanya!


dan bila aku dah mula on blog, benda pertama aku buat aku letakkan blog beliau kat dalam list wajib singgah. but now dah lupus dah. sebab aku tukar url. habis semua hilang. tapi don't worry laa, aku sekarang ni pon tengah hupgrade balik bloglist aku =') 
sampai sekarang aku still akan drop sana. bersifat silent reader. tak rajin aku nak drop komen sebab aku suka je baca apa yang dia tulis tuh. tulus dari hati ku, teruskan berblogging hanis! sumber inspirasi aku kot kau ni. hehe. 


aku rasa cam apa je kan. kejap dia. kejap beliau. kejap kau. hahahaiii. gasaklah. yang penting aku faham apa yang aku tulis ni. bahasa melayu pon. diharapkan anak-anak semua faham sama-samalah yer. hehe. nenek nak beransur dulu. jari dah mula menggeletar daa ni. haha :p


that's all
much love