asSalamualaikum
hye korunkk!!
tak tahu sebenarnya nak mula dari mana
sebab aq rasa keliru
keliru dengan
' apa sebenarnya yang manusia mahukan dalam hidup mereka '
mungkin penulisan aq kali nie
agak kritikal.
kepanjangan penulisan mungkin akan menyebabkan
korunkk menguap tak sudah
jadi ... aq nasihatkan sebelum korunkk
meneruskan pembacaan ...
sila bancuh kopi kaw-kaw punye!
erm .. kopi kapal api kowt.
heh
dan sediakan dua batang mancis untuk stand kelopak mata korunkk
yang bakal terkatup ala-ala kuyu mata si jupun
muahaha!
ok, settle dengan intro yang agak mengada-ngada.
jadi, kita direct ke titik utama entri kali nie.
tadi aq on blogwalking
macam biasalah
berbalas kunjungan demi mengerat ukhwah sesama blogger
dan
hati aq sangat terkejut dengan satu entri nie.
dan semestinya hati aq rasa kembang kuncup menahan rasa.
walaupun isi kand. entri tue takde melibatkan aq langsung
tapi sebagai kaum hawa
aq tahu apa yang dia rasa.
sedih!
semudah itu ke lelaki mampu untuk bertukar kasih?
aq bukan nak tunding jari kepada kaum adam semata-mata
tidak juga mengatakan bahawa kaum hawa sahaja yang dipermainkan
tapi ....
inilah jadinya bila mata hati dibutakan dengan rasa cinta dan sayang.
sepenuh jiwa dan raga.
sepenuh jiwa dan raga.
sehingga melebihi dos pil kuda!
bercinta jarak dekat pown boleh bermasalah
apatah lagi kalau jauh beribu batu nautika.
ye tak?
hurmm ...
itulah manusia
yang tidak pernah puas.
pengalaman aq menjadi orang tengah
membuatkan aq lebih berhati-hati.
berhati-hati dalam menawarkan rasa hati kepada insan yang bernama lelaki.
mungkin benar aq takut untuk dikecewakan.
tapi tak salahkan andai aq melindungi hati yang punyai rasa ini
dari terus dihimpit dengan rasa sakit yang mungkin
mengundang dendam sehingga menjadi virus kesumat.
bukan aq malu untuk meluahkan rasa.
bukan juga takut sekiranya luahan rasa itu ditolak tanpa ditimbang tara
tapi aq adalah aq.
yang dari azali lagi suka memendam rasa
iya , mungkin ianya sangat meletihkan.
menanggung rasa sendirian.
tapi itu yang terbaik bagi aq.
:)
aq pasrah bukan bermakna aq mengalah
dan
aq redha bukan juga bermaksud aq serahkan segalanya pada ketentuan takdir hidupku.
bagi aq
dalam hidup ini , kita tidak pernah bertemu dengan orang yang salah
kerana kehidupan kita telah diperincikan oleh sang Pencipta
setiap takdir itu merupakan satu ketetapan ALLAH buat kita,
dan semestinya itu yang terbaik buat kita
itu adalah pasti.
sebenarnya setiap individu yang kita temui dalam hidup ini
tidak kisahlah sekalipun mereka pernah membuat onar dalam hidup kita.
namun ada sesuatu yang perlu kita akui
sesungguhnya kehadiran mereka ini telah membuka mata kita
untuk melihat akan kekurangan diri
yang selama ini dikaburi dari pandangan mata hati.
andai kita ingin disayangi
sedarlah
bahawa kita perlu menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.
refleksi diri
koreksi peribadi
lihat sejauh mana kita mampu menongkah arus kehidupan yang masih panjang.
teringat akan aq
dialog dalam sebuah cerita.
cinta memang perlu dicari
meskipun jodoh kita sudah tersedia
namun cinta yang dicari akan pergi.
tidak kekal abadi.
namun cinta-NYA adalah yang paling hakiki.
itu janji.
meskipun dialog tue aq tak berapa nak ingat
mencintai dan dicintai
suatu rasa yang sungguh indah
namun
adakah rasa yang indah ini hanya cukup diungkapkan sehingga gigi menjadi lebih lembut dari lidah
dan diekspresikan dengan rasa manja yang menggoda?
hmm ...
aq tiada jawapan bagi yang itu.
apa-apa pun
sebelum kita menyayangi orang lain.
sayangilah diri sendiri.
percayalah bahawa orang yang baik akan ditentukan jodohnya dengan mereka yang terbaik.
jangan ditangisi andai jiwa dilukai oleh mereka yang disayangi.
tapi
menangislah sepuas hati andainya
DIA tiada lagi di sisi untuk mengasihi.
maaf andai ada yang terasa.
bukan niat di hati untuk menarik tabir rasa di jiwa.
tapi hanya ingin anda merungkai
apa sebenarnya yang tersimpan jauh dibenak hati kita.
salam sayang buat semua
andai nyawa masih tidak berpisah dari jasad ini.
insyaallah kita akan bersua di lain entri.
12 comments:
trtarik dgn part yg kita x prnah jumpa dgn org yg salah tu...
huhu...benar. ALLAH itu MAHA TAHU. DIA dah plan cantek2 dah ttg hidup kita...apa yg kita prlu buat...hanya REDHA^^
geram jugak bile lelaki mudah sangat tukar2 gf. ingat pmpuan nih takde perasaan ke. huh. *emo
</3 kadang2 kita xsedar dimana silap kita,adakah dari mula perhubungan..e.g: like me,dont start a new relationship if havent close the previous one :'( id never thought of ending up my relationship like this,never thought of getting back to the old one whereas id still syg the 2nd one..how bad is that?
kita sendiri xbole determine perasaan kita bila semuanya ok :)
lelaki.. lelaki.. kenapala asyik dipersalahkan. sigh!
Cinta mmg indah.... Tapi kalau nak jadi hamba cinta biarlah hanya pada Dia.... Sesama manusia tak perlu sampai jadi hamba cinta...
nice blog dear..
tp klo tulisan tkr ke biasa lg best bce ni..mata yong spero sket hehe
pencarian cinta mmg memenatkan~
ya, kita x pernah jumpa org yg salah..tp pertemuan demi pertemuan yg mengecewakan membentuk siapa diri kita di masa akan dtg~
erm perit sgt
btw font entry susa nk bace
berselirat otak
be happy.... asas dalam kehidupan ~
bawakan bersabaq yer..huhu.. per kata wat sistem popup komen..baru best :)
dari minggu lepas membawa ke minggu ni, masih tak habis-habis entry ni. panjang sungguh eh entry ni. hehehe
thanks alot kat semua...
sebab sudi drop komen+nasihat tok entri nie =')
baik dan buruk kita sendiri yg tentukan. pilihan di tangan kita kan? tqvm!
appreciated sesgt :))
Post a Comment