Hak Cipta Terpelihara | harubiruhidupku 2013 | aku bukan siapa-siapa

Friday, October 19, 2012

unkown

setiap manusia ada kelemahan dan melakukan kesilapan. jika manusia itu semua maksum, tiada perkataan maaf dalam kamus kehidupan manusia. bagaimana menganggap setiap kelemahan itu sebagai satu pengalaman yang berguna kerana pengalaman itu merupakan guru sejati.

manusia yang berjaya adalah manusia yang menjadikan setiap kelemahan itu sebagai batu loncatan untuk berubah. Insya-Allah pasti ada jalan untuk berubah. hati ini bukan milik kita. Allah memegang hati-hati manusia. Dia mampu mengubah mengikut kehendak-Nya. tidak kiralah apa yang kita kata dimulut, tetapi hati tidak akan pernah berkata bohong. love never say you're sorry.

maaflah sekiranya ada melakukan kesilapan sepanjang hidup ini kepada kalian. belajarlah untuk memaafkan kesalahan orang lain pada kita kerana semakin kita melihat perkara yang buruk pada diri orang lain sebenarnya menunjukkan betapa lemahnya diri kita. setiap kesilapan itu adalah kelemahan diri dan setiap yang baik datangnya daripada ALLAH jua. :)

4 comments:

Unknown said...

nape cm sedih je entry ni

NasQ said...

betul tuh...

Unit Lembaga Pengawas SMKAB said...

sedihnyaaa. sob sob

anak ayah said...
This comment has been removed by the author.